Asslamualaikum...

Rabu, 13 Oktober 2010

Emas???

Sejak manusia mengenali emas, ia telah menjadi pilihan bagi melambangkan kekayaan dan kekuasaan dan kejayaan. Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik serta agak lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik. Emas mempunyai banyak sifat unik menyebabkan emas ni adalah sesuatu yang stabil dalam sejarah dan pembangunan manusia. Emas mudah diingat sebab ia adalah sangat jarang ditemui dengan ketidakselarian kombinasi sifat kimia dan fizikalnya. Lagi satu, seingat saya, emas adalah satu satunya logam yang tidak menghasilkan lapisan oksida di permukaannya pada suhu bilik. Bermakna emas tidak akan berkarat dan terhakis.

Janganlah terpedaya dengan perhiasaan emas ia hanya cantik dipandang tetapi jika digadai merudum harganya maka sia-sia memiliki perhiasaan emas.







Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli  emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik     4. Hantaran Kahwin
                                                         

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.
Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.
Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)



Untung beli emas
Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.
Kita tetap untung.
Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan