Asslamualaikum...

Rabu, 10 November 2010

Promosi Dealer RM20,000.00 hingga penghujung 2010


Pada hari Rabu 27 Okt 2010, Public Fine Gold International melanjutkan lagi promosi Dealer 20K hingga ke penghujung tahun ini.



Promosi ini dilanjutkan untuk tempoh 2 bulan lagi iaitu sehingga penghujung Disember 2010. Jadi, kepada sesiapa yang pernah menyimpan hajat untuk menjadi Peniaga Emas Public Gold, anda boleh hubungi saya di talian 0175215008. Emas adalah sesuai untuk dibeli pada setiap masa dan sejarah harga emas pada ahun lepas meningkat sehingga 37% dan pada tahun ini, harga emas telah meningkat lagi sehingga menghampiri 30%

Kenapa Perlu Rebut Peluang Ini?

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini...Fahami ini betul2 sebelum membuat tafsiran. Modal 20k tu bukannya anda bayar tanpa mendapat apa2, tetapi anda akan dapat emas yang juga bernilai 20k. Tidak seperti kebiasaannya untuk menjadi Dealer anda perlu membeli set yang saya sebutkan di atas, tetapi kali ini anda cuma perlu membuat pilihan emas jenis apa yang anda mahukan, asalkan nilainya sampai atau lebih daripada 20k, secara automatiknya anda telah bergelar Dealer Public Gold yang sah! So, di mana kerugian anda? Ingat, Public Gold menjamin ketulenan emasnya. Dan emas yang dikeluarkan cuma jenis 999 dan 916. Jadi anda tak perlu risau jika selepas anda dapat emas tu, tiba2 Public Gold tutup kedai (hehe..katakanla ye). Andai terjadi macam ni, anda tak perlu susah payah pergi cari Public Gold, sebab emas anda yang bernilai 20k itu masih berada di tangan anda dan ianya diterima di mana-mana sahaja kedai emas. Kedai emas mana yang tak mahu beli emas kedai lain?

Public Gold memberi peluang untuk anda menjual emas keluaran mereka sendiri. Setiap jualan yang anda buat, anda akan mendapat komisen sebanyak 1.5%. Menarik bukan? Di samping boleh meniaga dan meraih komisen, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk membuat keuntungan sehingga hampir 6% dari hasil jualan. Sebarang persoalan boleh lah hubungi saya di talian 0175215008

Selasa, 2 November 2010

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

Terdapat beberapa catatkan analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak beli semula jika tercalar
OUB
  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
  • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
  • Stok terhad dan selalu kehabisan
  • Spread 10%-15%
Public Gold & Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen ( TERMASUK EMASJUTA )
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen

2 GOLONGAN PELABUR EMAS


1. Golongan profesional. Pendapatan sangat selesa.
2. Golongan sederhana. Pendapatan selesa tetapi kadang-kadang kesempitan wang.

Golongan pertama ini hanya mahukan pulangan besar jangka pendek. Tak ramai golongan ini berminat menyimpan emas. Mereka ini tiada masa untuk berkejar ke ArRahnu membuat pajakan atas komitmen kerja dan bagi mereka duit pajakan yang diterima adalah sangat kecil.
Bagi golongan ini yang berminat menyimpan emas, mereka ada objektif tersendiri. Antaranya, menyimpan emas dalam volume besar untuk satu jangka masa tertentu dan menjualnya untuk mengaut untung / menyimpan emas untuk keperluan masa hadapan dimana emas tadi boleh dipajak sebagai sandaran perniagaan / menyimpan emas sebagai aset peribadi dan boleh diagihkankan kepada waris tersayang kemudian hari.

Golongan sederhana menyimpan emas untuk dijadikan sandaran hidup, simpanan jangka panjang dan membuat manipulasi untuk mendapatkan tunai. Terdapat 1001 teknik manipulasi emas yang menjanjikan keadaan ekonomi yang selesa. Kuncinya adalah jumlah gramm yang besar memastikan tahap ekonomi manipulator dalam keadaan baik dan senyum setiap hari.