Asslamualaikum...

Rabu, 16 November 2011

Kelebihan membeli Emas Fizikal Berbanding Akaun Pelaburan Emas

Salam semua pembaca.....
Alhamdulillah....kebelakangan ni, makin ramai & bertambah dah orang yang membeli & menyiman emas untuk masa depan... Ada yang beli Bar... Ade yang beli Dinar... & Ade yang beli i-Series....

Emas i-series ni sesuai untuk dipakai & juga sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana beza antara harga jual dan harga beli (Spread) adalah rendah... sekitar 10%-11% aje cmtu.....



Kelebihan i-Series ni, ia diterima di mana2 Ar-Rahnu.... So, kalau tiba2 nak guna tunai segera, rantai i-Series ni boleh dipajak di Ar-Rahnu berdekatan.... Ni adalah salah 1 kelebihan pelaburan emas fizikal...



Apa yang kita boleh lihat kat sini, beza apabila kita membuat pelaburan emas fizikal & emas virtual..iaitu paper gold.... Boleh buat contoh, ada 2 orang, Ali & Mamat.... Harga emas semasa, RM200/gram... Masing2 ada modal RM20,000.... So, Ali beli emas fizikal i-Series, 100gm.... dapat la rantai emas seutas....... Mamat pulak, beli paper gold di bank... Dapat la buku simpanan yang tulis berapa berat emas yang die dah beli....

Lepas sebulan, harga turun merudum sehingga RM183/gram.... Pada waktu ni, siapa yang paling untung????

Ali?? Mamat?? Atau diorang berdua memang sedang rugi???

Pada waktu ni, Ali adalah yang paling beruntung... Sebab apa saya kata macam tu??? Sebab die boleh PAJAK rantai i-Series die tu di Ar-Rahnu..dapat cash, beli emas pada harga yang rendah sekarang.... Nanti bile harga dah naik, jual semula...ambil untung...then tebus emas di ar-rahnu...mesti akan ada untung.....

Mamat pulak, tengok aje la harga turun tu...sebab die xboleh nak buat ape2...modal RM20,000 semua dah xde....kalau nak jual semula emas kat bank tu, menag sah2 la rugi sebab jual dengan harga yang lebih rendah dari harga beli.....

Kesimpulannye, buat pelaburan yang bijak...jangan orang beli emas, awak pun beli emas jugak..tapi beli yang salah jenis.... Jangan jadikan ALASAN, "ala...emas fizikal susah nak simpan laa....." Sekarang ni ade banyak tempat untuk simpan emas fizikal tu... Nak seribu daya, xnk seribu dalih...

Selasa, 18 Januari 2011

Kenapa HARUS simpan EMAS?

 80’an harga emas RM30/gram, 
Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu

90’an harga emas RM80/gram, 
Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu juga
 
2010 harga emas CECAH RM160/gram, 
Memang emas itu mahal! Tapi kita masih kata, kita tak mampu!
 
Jadi BILAkah masanya kita MAMPU?, 
bila masanya kita HARUS katakan kita PERLU simpan EMAS? 

Tanya diri anda sendiri dan buat kira-kira anda sendiri. Sekiranya anda beli pada tahun 90’an dengan harga RM80/gram dan pada 2010 anda jual dengan harga 160/gram?! Itu kalau anda pegang 1 gram (sebesar pasir). Cuba mulakan dengan 20gram dengan nilai lebih kurang RM3k, bayangkan nilai 20gram itu cukup 1 tahun yg akan datang sahaja. Bayangkan pula 10 tahun nilai emas yang disimpan. Setiap hari kita masih belum terlambat untuk bertindak kerana emas senantiasa bernilai dimata dunia.
 
Mulakan dengan menyimpan 1 bulan 1 dinar (anggaran RM660 , 2010) 
atau sudah cukup perhiasan diri, kenapa tidak simpan gold bar/coin 20gram (anggaran RM3k, 2010)

Rabu, 10 November 2010

Promosi Dealer RM20,000.00 hingga penghujung 2010


Pada hari Rabu 27 Okt 2010, Public Fine Gold International melanjutkan lagi promosi Dealer 20K hingga ke penghujung tahun ini.



Promosi ini dilanjutkan untuk tempoh 2 bulan lagi iaitu sehingga penghujung Disember 2010. Jadi, kepada sesiapa yang pernah menyimpan hajat untuk menjadi Peniaga Emas Public Gold, anda boleh hubungi saya di talian 0175215008. Emas adalah sesuai untuk dibeli pada setiap masa dan sejarah harga emas pada ahun lepas meningkat sehingga 37% dan pada tahun ini, harga emas telah meningkat lagi sehingga menghampiri 30%

Kenapa Perlu Rebut Peluang Ini?

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini...Fahami ini betul2 sebelum membuat tafsiran. Modal 20k tu bukannya anda bayar tanpa mendapat apa2, tetapi anda akan dapat emas yang juga bernilai 20k. Tidak seperti kebiasaannya untuk menjadi Dealer anda perlu membeli set yang saya sebutkan di atas, tetapi kali ini anda cuma perlu membuat pilihan emas jenis apa yang anda mahukan, asalkan nilainya sampai atau lebih daripada 20k, secara automatiknya anda telah bergelar Dealer Public Gold yang sah! So, di mana kerugian anda? Ingat, Public Gold menjamin ketulenan emasnya. Dan emas yang dikeluarkan cuma jenis 999 dan 916. Jadi anda tak perlu risau jika selepas anda dapat emas tu, tiba2 Public Gold tutup kedai (hehe..katakanla ye). Andai terjadi macam ni, anda tak perlu susah payah pergi cari Public Gold, sebab emas anda yang bernilai 20k itu masih berada di tangan anda dan ianya diterima di mana-mana sahaja kedai emas. Kedai emas mana yang tak mahu beli emas kedai lain?

Public Gold memberi peluang untuk anda menjual emas keluaran mereka sendiri. Setiap jualan yang anda buat, anda akan mendapat komisen sebanyak 1.5%. Menarik bukan? Di samping boleh meniaga dan meraih komisen, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk membuat keuntungan sehingga hampir 6% dari hasil jualan. Sebarang persoalan boleh lah hubungi saya di talian 0175215008

Selasa, 2 November 2010

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

Terdapat beberapa catatkan analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak beli semula jika tercalar
OUB
  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
  • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
  • Stok terhad dan selalu kehabisan
  • Spread 10%-15%
Public Gold & Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen ( TERMASUK EMASJUTA )
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen

2 GOLONGAN PELABUR EMAS


1. Golongan profesional. Pendapatan sangat selesa.
2. Golongan sederhana. Pendapatan selesa tetapi kadang-kadang kesempitan wang.

Golongan pertama ini hanya mahukan pulangan besar jangka pendek. Tak ramai golongan ini berminat menyimpan emas. Mereka ini tiada masa untuk berkejar ke ArRahnu membuat pajakan atas komitmen kerja dan bagi mereka duit pajakan yang diterima adalah sangat kecil.
Bagi golongan ini yang berminat menyimpan emas, mereka ada objektif tersendiri. Antaranya, menyimpan emas dalam volume besar untuk satu jangka masa tertentu dan menjualnya untuk mengaut untung / menyimpan emas untuk keperluan masa hadapan dimana emas tadi boleh dipajak sebagai sandaran perniagaan / menyimpan emas sebagai aset peribadi dan boleh diagihkankan kepada waris tersayang kemudian hari.

Golongan sederhana menyimpan emas untuk dijadikan sandaran hidup, simpanan jangka panjang dan membuat manipulasi untuk mendapatkan tunai. Terdapat 1001 teknik manipulasi emas yang menjanjikan keadaan ekonomi yang selesa. Kuncinya adalah jumlah gramm yang besar memastikan tahap ekonomi manipulator dalam keadaan baik dan senyum setiap hari.

Ahad, 31 Oktober 2010

Kebaikan Dinar Emas

  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
  • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Khamis, 28 Oktober 2010

Ingin Menjadi Pengedar?

Kebaikan menjadi Pengedar Public Gold.

Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:
1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
    pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
    Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
    beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.
3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
    daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.
4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.
pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Faedah menjadi Agen – Komisyen jualan.

Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5%  untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan).
Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan. Strategi ini telah saya ajarkan kepada pembaca jutawanemas yang menjadi agen.
Seronok bila dapat bantu orang buat duit nie…
Selain itu, saya akan memberikan teknik-teknik lain untuk memaksimakan keuntungan perniagaan emas anda.


Jika Berminat:

Sula muat turun dan print borang pendaftaran pengedar pada link di sebelah. Isi borang tersebut dengan lengkap. Buat pembelian di Public gold dengan pembelian sebanyak Rm20k(promosi ini berakhir sehingga hujung tahun) dalam satu resit dan anda layak untuk menjadi pengedar..

 

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.
Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.